Selalunya benda yang kita tak sangka and tak rancang tulah akan jadi kenyataan.
Masa hari registration kat uniten dulu. Aku ada perasan sorang mamat nie. Handsome sangat. Masa tu aku macam dahh love at first sight arhh. Haha. Sampai aku cakap kat diri aku "selagi aku tak mamat yang handsome macam nie selagi tu aku tak nak couple". HAHA.
Nampak gaya smart, muka mature ingat kan budak degree. Bila masuk class jadi class mate aku pulak budak tuh. Haha. Lagi lahh happy aku. Dia pendiam. Dahh 3 minggu class baru aku tahu nama dia. Fahmi :)
Tapi makin hari aku tengok dia makin aku tak suka pulak. Bukan tak suka dia tapi tak suka apa yang dia suka buat. Contohnya dia tu nampak macam heavy smoker. Aku dah lah tak suka lelaki merokok nie. Pakaian dia pun tak smart macam masa first time aku nampak dia.
Lagi satu dia dalam class cam berangan jewk duduk blakang tu. Tak nampak macam minat nak study. Dalam hati aku *budak handsome memang selalu nya macam tu. Bila aku tengok dia teringat kat fathy. Haha. Dah lah selalu datang class lambat. Datang quiz pun lambat. Tah pape lahh.
Aku pun wat tak tahu jelaa ngan dia. Memang handsome tapi hampehh nak wat pe kan.
Tetibe satu hari tu kat foodcourt hafiz gtau aku fahmi kirim salam. Haha. Pada hal fahmi ada je kat situ. Aku pun jawab jelaa. Fahmi dah bengang ngn hafiz masa tuh.
Start hari tu lahh bebudak nie asik usik aku ngan dia. Aku pun tak tahu asal. Dia pulak langsung sepatah haram pun tak pernah cakap ngan aku. Aku wat tahu jelaa.
Ada satu malam tuh naim ajak kitorg gi karok. Masa tu pergi ramai-ramai. Aku layan jelaa. Bebudak lelaki nak belanja arn. Dorang yang beriya sangat ajak. So follow jelah. 2jam karok sakit tekak aku. Haha. Dari kol9 sampai kol11.
Kitorang jalan kaki ramai-ramai. Masa otw balik tuh tetiba fahmi tegur aku. Dia kata jangan percaya apa yang bebudak nie selalu cakap sal dia ngn aku. Dia kata memang dia suka tengok aku. Aku comel. And aku buat dia teringat kat ex dia. Haaa okee fine. Sebab tu jewk. Aku tak kesah. Haha. Aku pun iye kan jelaa apa dia cakap.
Sebelum tuh pun mira dah gtau aku. Mira tanya dia nape bebudak nie usik aku ngn dia. Dia jawab benda yang sama gk. Plus dia dahh ada gf. So bila dia cakap macam tu kat aku malam tu aku takde lahh rasa apa pun.
19 oct 2011 : Masa nie baru balik dari class muet. Kebetulan hujan pulak hari tu. So bebudak motor semua naik bus. Masa nie ana takde so hidup aku memang ngn mai and mira jelaa. Aku pun join dorang naik bus. Malas nak naik kereta ngn akak.
Masa tu kena jalan pergi wisma nak naik bus. So aku jalan jelaa ngn diorang. Belakang kitorang budak lelaki. Tetibe amirul panggil aku. Aku pandang lah belakang. Dia kata fahmi panggil. Aku senyum jewk kt fahmi.
Tahh macam mana aku boleh jalan ngn fahmi lak malam tu gi wisma. Haha. Tak sangka. Banyak cakap lak dia. Tulaa first time dia cakap banyak ngn aku. Aku pun layan jelaa. Dia budak pahang. And ada loghat ala-ala kelantan sikit. Haha. Aku paham tak paham jelaa apa dia cakap malam tuh.
Masa dahh sampai wisma tu dia mintak num aku. Aku bagi jelaa. Kang kata aku tak nak member ngn dia pulak. Dia kata nak balik bestari jalan kaki masa tuh. So aku naik bus dulu. Tetibe dahh naik bus tak lama pastu dia naik lak.
Aku duduk sorg masa tu so dia duduk lahh ngn aku dalam bus. Memang kena sorak jelaa kan malam tuh. Haha. Bebudak lelaki semua nyanyi lagu tahh pape. Sindir kitorg. Aku gelak jelaa. Fahmi dahh blushing masa tuhh. Haha. Fahmi nie mmg malu dia lebih dari aku.
Start malam tu dia text aku. Sampai lahh hari nie. Aku tak sangka budak handsome yang aku fall in love at first sight masa hari register tu suka kat aku sekarang nie. HAHA.
Hmm tapi aku tak tahu apa perasaan aku kat dia. Wat masa nie aku happy member ngn dia. Banyak benda lagi yang aku tak boleh terima pasal dia.
Friday, 4 November 2011
Yang penat menaip --> Girl Next Door at 11:18 0 Leave a comment
Raya haji
Baru minggu lepas cuti seminggu nie cuti lagi 4 hari. Minggu nie punya class memang amat mencabar lahh. 3 hari b'turut-turut class akaun. Pening aku. Dengan tutorial dia yang berlambak. Dua malam aku tidur kol3 pagi sebab nak siapkan tutorial tuhhh. Huh siap gak akhirnya.
Semalam b'tolak dari muadzam ngan azri. Dia hantar aku sampai seremban. Sampai seremban kak oleen tunggu kt terminal one. Sampai jewk terus ikut kak oleen pergi kL. Fuhhhh penat dia tak payah cerita lahhh. Kol1 lebih baru sampai seremban balik.
Mama kata diorang b'tolak lepas sembahyang jumaat. Mak long lak pas maghrib. Kak oleen gi kerja tinggal lahh aku sorang kt uma nie. Haihhhh.
Naik cuti nie midterm lak. Aduhhh bila time aku study pun tak tahu lahhh.
Yang penat menaip --> Girl Next Door at 10:13 0 Leave a comment